Maahad Sains Al-Quran Al Amin

Sejarah Sekolah

Maahad Sains Al-Quran Al-Amin adalah sebuah sekolah tahfiz yang mengabungkan antara al-Quran, agama dan akademik.

Pada tahun 1998, tertubuhlah sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin. Sekolah ini didaftarkan di Jabatan Pengajian Swasta dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (No. Pendaftaran SPS/PRP/08/(SEM)-103). Setelah tamat darjah enam, para pelajar akan memasuki  sekolah-sekolah menengah sekitar Subang Jaya.

Terdapat permintaaan yang banyak untuk pihak kami menubuhkan sekolah menengah. Akhirnya pada tahun 2008, pihak kami berusaha untuk menubuhkan sekolah menengah. Ia dinamakan Sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-Amin. Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (Np. Pendaftaran (09) dlm.JAI.SEL.BP103/05/083/01).


Mukadimah

Menyedari fenomena keruntuhan akhlak dan kejerebuan nilai yang melanda masyarakat kita dewasa ini terutamanya para remaja, pihak kami merasa terpanggil untuk mengorak langkah kearah membentuk generasi beriman, bertaqwa dan bermaklumat. kami melihat bahawa institusi pendidikan merupakan wadah yang sangat penting dalam menjana pembangunan insan yang dinamis.

Realitinya, kewujudan Maahad Sains Al-Quran Al-Amin (MASAA) pada hari ini adalah selari dengan Dasar Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Justeru, sekolah ini menawarkan kesepaduan kurikulum, agama dan akademik.

Semoga sekolah ini mampu melahirkan generasi yang menerima islam sebagai satu cara hidup yang syumul serta mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan yang seimbang. 


 Matlamat

Melahirkan generasi beriman, berilmu dan beramal yang akan berkhidmat untuk agama dan negara, mempunyai daya tahan yang tinggi menghadapi cabaran semasa dan mempunyai daya kepimpinan dalam mendepani siangan global serta mempunyai akhlak dan daya hidup yang sehat.


  Objektif

  • Menggabungkan pembelajaran agama dan akademi serta hafalan al-Quran
  • Gabung jalin kurikulum dan kokurikulum
  • Pembentukan interpersonal mukim dan mukminah
  • Menerapkan amalan kepimpinan dan kekeluargaan islam

Pengambilan Pelajar

Maahad Sains Al-Quran Al-Amin menerima pelajar yang berkelayakkan selepas tamat darjah enam.

Bagi anak yatim atau anak orang susah, pihak Maahad Sains Al-Quran Al-Amin akan menaja keseluruhan atau sebahagian kos pengajian mereka. kini terdapat 50 anak yatim yang menjalani sistem pendidikan di sini.

Alhamdulilah, setakat ini, anak-anak yatim yang menjalani sistem pendidikan di sini ada yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke Mesir dan Universiti tempatan di Malaysia.



Sekolah ini menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh setiap pelajar termasuk guru-guru yang berkelayakan. Perkhidmatan yang diberikan bersifat professional dan efektif.

Pun begitu, sekolah ini sangat menitikberatkan perihal agama dan kebajikan pelajar melebihi yang lain. Guru-guru yang berjaya memberikan perkhidmatan terbaik akan diberi ganjaran yang selayaknya.

Semoga sekolah ini akan terus menjadi institusi pendidikan yang dapat mengangkat martabat pelajar muslimin dan muslimat yang dinamik dan professional.