Maahad Sains Al Quran Al Amin

PENGAMBILAN PELAJAR

Maahad Sains Al-Quran Al-Amin menerima pelajar yang berkelayakkan selepas tamat darjah enam.Bagi anak yatim atau anak orang susah, pihak Maahad Sains Al-Quran Al-Amin akan menaja keseluruhan atau sebahagian kos pengajian mereka. kini terdapat 50 anak yatim dan susah yang menjalani sistem pendidikan di sini. Sehingga kini terdapat lebih 200 orang pelajar yang menjalani pengajian di Maahad Sains Al Quran Al Amin.

Alhamdulilah, setakat ini, anak-anak yatim yang menjalani sistem pendidikan di sini ada yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke Mesir dan Universiti tempatan di Malaysia.

 

TATACARA PERMOHONAN KEMASUKAN

1 . Muat turun Borang Permohonan di sini
2 . Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
3 . Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam Borang Permohonan anda
4.  Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan