Maahad Sains Al Quran Al Amin

SEJARAH SEKOLAH

Maahad Sains Al-Quran Al-Amin adalah sebuah sekolah tahfiz yang mengabungkan antara al-Quran, agama dan akademik.Pada tahun 1998, tertubuhlah sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin. Sekolah ini didaftarkan di Jabatan Pengajian Swasta dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (No. Pendaftaran SPS/PRP/08/(SEM)-103). Setelah tamat darjah enam, para pelajar akan memasuki  sekolah-sekolah menengah sekitar Subang Jaya.Terdapat permintaaan yang banyak untuk pihak kami menubuhkan sekolah menengah. Akhirnya pada tahun 2008, pihak kami berusaha untuk menubuhkan sekolah menengah. Ia dinamakan Sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-Amin. Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (Np. Pendaftaran (09) dlm.JAI.SEL.BP103/05/083/01).